Management

Team

HEAD OF DEPARTMENT

Administration & Operation

:

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Kumaran Karmaygan

Human Resource

:

Rathnakumar Thandapany

EDP Membership & Credit Recovery & Financing

:

Hajah Hamidah Hj Baba

Public Relation & Corporate Affairs, Credit, Personal Finance, Loan, Membership Resignation & Refund

:

YAB Prof. Dato’ Dr. Phannirselvam

CEO’s Office Manager & Credit Recovery Financing

:

Haji Muhamad Azhar Aziz

Accounts and Finance

:

Hartini Che Hani

Motor Insurance

:

M. Rajendran

Branch Office Managers

:

Noh Bin Md Raji (South Zone)

Branch Office Staff

:

Cik Suraya Binti Dol. SARAWAK

MANAGEMENT GROUP PROFILE

YANG BERBAHAGIA DATO’ DR. KUMARAN A/L KARMAYGAN, adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Malaysia Berhad (KOSPEM), memegang jawatan ini sejak **13 tahun** (2012–kini) dengan total **25 tahun perkhidmatan** di KOSPEM (1999–kini). 

Latar Belakang Akademik & Profesional: 

  • Ijazah Kedoktoran (DBA) dari Asia e University dalam Pembiayaan Islam, selesai pada 2024, menumpukan penyelidikan inovatif dalam model pembiayaan berlandaskan syariah.
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Cardiff Metropolitan University
  • Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan (B.Comm Accounting) dari Nelson Marlborough Institute of Technology, New Zealand.
  • Ahli Perakaunan Bertauliah (CA) penuh dari Chartered Accountants Australia New Zealand(CAANZ), dengan pengalaman audit di firma ternama di New Zealand dan Malaysia sebelum menyertai KOSPEM.

Sumbangan Utama di KOSPEM: 

  1. Transformasi Koperasi:
  • Memimpin KOSPEM ke tangga (Top 100 Koperasi Malaysia) oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), melalui pengukuhan sistem kewangan, pengembangan produk pembiayaan, dan peningkatan akses perkhidmatan kepada ahli. 
  • Melancarkan inisiatif pembiayaan Islam yang menyumbang kepada peningkatan 40% portfolio kewangan koperasi dalam tempoh 5 tahun terakhir. 
  1. Kepimpinan Strategik:
  • Memperkenalkan sistem digitalisasi operasi (EDP) untuk mempercepatkan pemprosesan pinjaman dan meningkatkan ketelusan urus niaga. 
  • Membangunkan program kebajikan ahli termasuk skim bantuan pendidikan, kesihatan, dan kecemasan, yang menjangkau 45,000+ ahli setakat 2025. 
  1. Pengiktirafan & Jaringan Global:
  • Menjadi peneraju kerjasama strategik dengan Koperasi kewangan antarabangsa untuk mengukuhkan modal dan kepakaran KOSPEM. 
  • Menyertai program anjuran ANGKASA dan Maktab Kerjasama Malaysia bagi memacu pembangunan koperasi berdaya saing. 

Anugerah & Pencapaian: 

  • Dikurniakan gelaran Dato’ atas sumbangan dalam bidang kewangan koperasi dan kebajikan sosial. 
  • Peneraju kerjasama penganjuran Karnival Koperasi Kebangsaan 2023, yang menyatukan 200+ koperasi tempatan untuk perkongsian bestari. 

Falsafah Kepimpinan: 

“Kejayaan koperasi bergantung pada kepercayaan ahli dan integriti pengurusan. Saya komited untuk memastikan KOSPEM terus menjadi platform yang memartabatkan ekonomi pekerja Malaysia.”

**Profil ini dikemaskini pada 23 Mei 2025.** 

HAMIDAH BTE HJ BABA, telah berkhidmat dengan Koperasi Pekerja sejak tahun 1979. Berkat kerja keras dan kesungguhan, beliau telah berjaya mempertingkatkan kemajuan kerjaya beliau dan pada masa ini memegangjawatan sebagai Pengurus Kanan. Beliau juga merupakan salah seorang staf terawal Koperasi Pekerja. Kejayaan yang beliau capai adalah hasil daripada keazaman untuk memajukan diri beliau dalam berbagai aspek.

Demi meningkatkan kecekapan dan pengetahuan beliau dalam bidang pekerjaan, beliau telah menghadiri banyak kursus berkaitan pentadbiran dan pengurusan Koperasi yang dijalankan oleh samada Maktab Kerjasama Malaysia, Management Trainning Sdn. Bhd, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Angkasa dan juga pusat-pusat latihan swasta. Beliau lulusan daripada Kolej Cosmopoint dengan pengkhususan dalam bidang Komputer dan Pengurusan Sumber Manusia. Pada ketika ini beliau masih lagi melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan Ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kaliber beliau.

YANG BERBAHAGIA PROF DATO’ DR. PANNERSELVAM A/L THORAISAMY, adalah Pengurus Kredit &, Pembiayaan, Pemberhentian Keanggotaan dan Pemulangan Modal Yuran. Beliau mula berkhidmat pada bulan September, 1994 sebagai Pegawai Pinjaman. Sebelum berkhidmat di KOPERASI PEKERJA pada bulan September, 1976 dengan Koperasi Serbaguna Pekerja-Pekerja Keretapi Berhad sebagai Pegawai Pentadbiran/Penolong Setiausaha dan Setiausaha Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan dan sebelum itu beliau telah berkhidmat dengan Keretapi Tanah Melayu sebagai Pembantu Perkeranian pada tahun 1970.

Beliau telah memperolehi pengalaman selama 50 tahun dalam pergerakan Koperasi dengan menyandang berbagai jawatan dan menyertai berbagai kursus, seminar dan latihan anjuran Maktab Kerjasama Koperasi dan ANGKASA.

Sebagai seorang yang aktif dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pergerakan Koperasi, beliau telah memegang berbagai jawatan seperti berikut :-

  • Setiausaha Koperasi Konsumer (M) Berhad mulai 21.06.2017 hingga 2021.
  • Bendahari – Koperasi Konsumer (M) Berhad mulai 26.06.2014 hingga Jun 2014.
  • Bendahari – Koperasi Konsumer (M) Berhad (06/2007 – 08/2008).
  • Setiausaha, Jawatankuasa Audit Dalaman- Koperasi Konsumer (M) Berhad (2002 – 2007)
  • Anggota Lembaga Koperasi Perumahan BENA Berhad
  • Anggota Lembaga – Kesatuan Koperasi Midlands Berhad
  • Anggota Lembaga / Penolong Setiausaha Kesatuan Koperasi Kredit Malaysia Berhad (ACCUM)
  • Ahli Majlis – International Cooperative Housing Foundation for Asia & the Pacific Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau telah dikurniakan “ MERITORIUS SERVICE AWARD 2006 ” atas benar jasa dan perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan oleh beliau kepada “International Co-operative Housing Foundation for Asia and the Pacific Region”.

Beliau juga dikurniakan ‘ANUGERAH JUBLI INTAN’ – Tahun 2011 oleh Kesatuan Koperasi Midlands Berhad atas benar jasa dan perkhidmatan cemerlang terhadap Gerakan Koperasi di Malaysia.

Beliau adalah seorang petugas kebajikan yang aktif dan pernah memegang jawatan utama dalam berbagai organisasi seperti Kesatuan Palang Merah Malaysia (Penolong Pengarah) & The National Apex Malaysia (Presiden Kebangsaan). Sebagai menghargai penglibatan beliau dalam aktiviti kemasyarakatan dan khidmat yang disumbangkankepada rakyat, beliau telah dianugerahkan Sijil Khidmat Cemerlang dan Pingat Kebaktian oleh Bulan Sabit Merah Malaysia.

Sejak sekian lama beliau bergiat aktif dalam gerakan Koperasi dan perkhidmatan sosial. Baru-baru ini beliau dikurniakan gelaran PROF., DATO’ AND DR. kerana sumbangan dan perkhidmatan beliau di dalam aktiviti kemasyarakatan dan gerakan koperasi selama 52 tahun.

MUHAMAD AZHAR AZIZ, adalah Pengurus di Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Pekerja. Mula berkhidmat di Koperasi Pekerja sejak tahun 1992 sebagai Pegawai Recoveri.

Berkelulusan Ijazah Sarjanamuda Pentadbiran Perniagaan (BBA Hons.) dengan Pengkhususan dalam bidang Kewangan dan Pengurusan pada tahun 1987.

Pernah bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di syarikat menjual peralatan memadam kebakaran (1988-1989).

Bertugas sebagai Pegawai Akaun di R.S. Pembina Enterprise (1990-1991).

HARTINI BINTI CHE HANI, adalah Eksekutif Akaun Koperasi Pekerja. Beliau mula berkhidmat di Koperasi Pekerja dalam tahun 2009 sebagai Kerani Akaun dan setelah 13 tahun berkhidmat, beliau telah dinaikkan pangkat ebagai Eksekutif Akaun.

Berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat daripada Kolej SAL (kerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia). Pernah berkhidmat sebagai kerani di Bahagian Kredit & Pemasaran dengan Multi-Purpose Bank (yang kini dikenali dengan nama Alliance Bank) (1996 hingga 1997).

Pernah juga bekerja sebagai kerani di Koperasi Serbaguna Keretapi Tanah Melayu Berhad dalam tahun 1995.