BOARD MEMBERS FOR THE TERM 2025 / 2026
Pengerusi / Chairman
:
Ghazali Bin Hussein, PPW
Timbalan Pengerusi / Vice Chairman
:
Thiagarajan Vadevellu, PPN, PJK
Setiausaha / Secretary
:
Rathnakumar Thandapany
Bendahari / Treasurer
:
Asathamby Subramaniam
Penolong Setiausaha / Assistant Secretary
:
Noh Bin Md Raji
Anggota Lembaga / Board Member
:
K. Veeriah A/L V Krishnasamy
Krishna Rao A/L Subramaniam
D.R. Ganesh A/L D. Rama
Abu Othman Bin Jantan
Isnain Bin Abdul Rahim
Mogan A/L Nadesan
Gnapathy A/L Balaraman
Ketua Pegawai Eksekutif / C.E.O.
:
Yang Berbahagia Dato’ Dr Kumaran Karmaygan
INTERNAL AUDIT COMMITTEE
Pengerusi / Chairman
:
Hussin Bin Asan
Setiausaha / Secretary
:
Chinatambi A/L Anpalagan
Anggota / Member
:
Krishnan A/L Vadivellu
BOARD MEMBERS PROFILE
GHAZALI BIN HUSSEIN, PPW 70, No. K/P : 561118-11-5023 adalah Pengerusi KOSPEM mulai April, 2006. Beliau menjadi anggota di KOSPEM pada tahun 1982. En. Ghazali Bin Hussein bertugas di Jabatan Parasitologi, Universiti Malaya sejak tahun 1975 dan telah berjaya dipilih memenangi beberapa anugerah sebagai menghargai perkhidmatan cemerlang yang beliau sumbangkan:-
- Sijil Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2001
- Sijil Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2003
- Sijil Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2004
- Sijil Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2005
- Sijil Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2008
Dalam tahun 2008, beliau dianugerahkan Sijil Perkhidmatan Setia bersempena genap tiga puluh tahun (30) tahun perkhidmatan beliau di Universiti Malaya.Beliau juga berkecimpung aktif di dalam bidang politik dengan memegang beberapa jawatan seperti berikut:-
- AJK Bahagian UMNO Wangsa Maju.
- Ketua UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu), Cawangan Taman Desa Setapak, Bahagian Wangsa Maju.
- Ketua Penerangan, Persatuan Peniaga-Peniaga dan Penjaja-penjaja Kecil Melayu, Wilayah Persekutuan, Cawangan Wangsa Maju/Setiawangsa.
- AJK Surau Al-Faauzun, Taman Desa Setapak, Wangsa Maju.
- AJK Biro Ekonomi, Taman Desa Setapak, Wangsa Maju.
- Anggota Lembaga – Kesatuan Koperasi Malaysia Berhad (CUM)
RATHNAKUMAR A/L THANDAPANY, 64, No. K/P : 620401-10-6023 adalah Setiausaha KOSPEM mulai bulan Julai, 2007. Menganggotai Koperasi Pekerja sejak tahun 1980. Beliau bertugas di Grief Malaysia selama hampir 30 tahun. Kini beliau bekerja sendiri. Beliau pernah melibatkan diri dalam beberapa persatuan, antaranya:-
- Ahli Jawatankuasa Pemilik Tanah Kawasan Sungai Kebal.
- Ahli Jawatankuasa MIEU di Grief Malaysia.
- Ahli Lembaga Koperasi dari 1990 hingga sekarang.
THIAGARAJAN A/L VADEVELLU, P.J.K., 69, No. K/P : 571025-08-6437 adalah Naib Pengerusi KOSPEM.
Berkelulusan MCE (Malaysian Certificate of Education). Beliau bertugas di Continental Sime Tyre sejak 30 tahun lepas di Bahagian Gudang Bahan-Bahan Mentah (Raw Materials Warehouse).
Oleh kerana penglibatan aktif dan cemerlang dalam persatuan dan aktiviti kemasyarakatan, beliau telah dianugerahkan pangkat P.J.K. oleh Sultan Selangor pada tahun 2001 dan P.P.N oleh Yang DiPertuan Agung pada tahun 2013. Antara jawatan yang dipegang beliau adalah:-
- Pengerusi MIC Cawangan Kg. Penaga, Kelana Jaya.
- Naib Pengerusi Persatuan Karom Bangsa India Selangor
- Pengerusi Persatuan Bolasepak MIC Kelana Jaya.
- Ketua MIC, Pegawai Penerangan, Kelana Jaya.
ASATHAMBY A/L SUBRAMANIAM, 61, No. K/P : 650411-10-5187 adalah Bendahari KOSPEM.
Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mula menyertai Koperasi sebagai ahli biasa pada tahun 1985. Memegang jawatan sebagai Bendahari pada tahun 2007 hingga sekarang.
Beliau adalah Pengurus di sebuah Syarikat persendirian I V General Services di Klang mengendalikan perniagaan Labour Supply dan Cleaning Services. Sebelum ini beliau bekerja di sebuah Syarikat Aluminium di Bahagian Human Resources dari tahun 1983 hingga 2007.
NOH BIN MD RAJI, 79, No. K/P : 470312-01-5575 dipilih memegang jawatan Penolong Setiausaha KOSPEM mulai bulan Julai, 2007 serta Pegawai Perhubungan untuk Zon Selatan KOSPEM. Berkelulusan MCE (Malaysian Certificate of Education).
Setelah bersara, beliau bekerja sendiri. Antara pengalaman kerja dan jawatan dalam persatuan yang pernah disandang beliau adalah:
- Bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai Koperasi Pekerja dari tahun 1991
- hingga 1994.
- Bertugas sepenuh masa sebagai Pegawai Perhubungan Perusahaan dengan
- MIEU dari tahun 1994 hingga 2007.
- Pengerusi Koperasi Pekerja Cawangan Johor Selatan pada tahun 1983.
- Ahli Jawatankuasa UMNO Cawangan Stulang
- Ahli Lembaga Koperasi dari 1995 hingga sekarang.
